Friday 30 November 2012

ASSALAMUALAIKUM!!

Welcome to my blog!!

Ok arinie ak nak post sal koleksi-koleksi jubah dari Madinah nie...Klu de sape2 yang berminat boleh le tempah ye..:) InsyaAllah dalam bulan Januari nie sampai la...so de mase la u'all nak kumpul2 duit dulu..hihii..

    
~JUBAH JEANS RM 130 ~

                                     
                                JJ 01                                                                           JJ 02

                               
                             JJ 03                                                                   JJ 04                                     

                                                  JJ 05                                             JJ 06

JJ 07

~JUBAH RM 150~





JK 01
                                                                                                                                                          



                  JK 02                                                      






JK 03




                                                                     JK 04






~JUBAH RM 170~
                          
                                                                 JS 01




JS 02
                                                                      JS 03
                                                                   


JS 04

                                                                      


JS 05 








  • Klu de yang berminat dan nak buat pesanan, blh komen page nie or contact sy di 0139665349.
  • Untuk jubah jeans just bagitau Kod gambar baju pilihan dan Saiz baju anda.
  • Untuk jubah yang berharga RM 150 dan RM 170, kalau ade sesiape yg berminat dan berkenan, boleh bgtau:
  1. Kod gambar  
  2. Warna dan Nombor kedudukan baju yang mnjadi pilihan anda..hehehe..^_^
  3. Saiz baju.
P/S:
  • Tempahan boleh dibuat sehingga Akhir Bulan Disember....
Sekian
Wasalam...

^_^

Thursday 13 September 2012

muara hati...~

Assalam...

Da lame gile ak x post kt blog ak nie..hohooh...senanye ak nk post lirik lagu yang ak tgh dengar nie...lagu muara hati ost untuk cite adam hawa tu...skrg cite tu tgh 'hot' kat Mustika Hd..cite nie nk tunjuk klu da jodoh tu memg tak ke mane..so dont worry...yang penting keep on doa..mintak pada Dia..(jadi ustazah jap..hihi..) ak mampu donlod je cite tu sbb umah ak x de astro beyond..huuhuhuu...so sad...sob2..back to story...ak suke gile kat lagu nie sebab bile ak dengar lagu nie memg mengingatkan ak kat someone nie..(jiwo yoo..) hehehe...lirik memang makan dalam kot..hohohoho...layan je...~



Lirik Lagu Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna engkau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

^_^

Thursday 31 May 2012

Adab berpakaian menurut Islam

 Assalamualaikum...

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:
 

1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

                             Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
"Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Wednesday 30 May 2012

Renungan...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [2 : 216]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 [2 : 286]
 

 Meredhakan sangat membantu untuk membuatkan hari-hari kita sentiasa cerah!!


"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
 [94 : 5-6]

Monday 28 May 2012

Puasa Sunat Rejab

Assalamualaikum...
REJAB boleh dikatakan sebagai bulan yang ditunggu kebanyakan umat Islam kerana sesiapa yang berpuasa dipercayai mendapat fadilat yang sangat besar.

Kelebihan Bulan Rejab..


Pertamanya, Dalil Al-Quran mengenai keistimewaan bulan Rejab ini.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 36,

 “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (demikian) di dalam Kitab Allah, sejak hari Dia menjadikan semua langit dan bumi. Daripadanya adalah empat yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan itu…”

Prof Dr Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menafsirkan ayat ini yang bermaksud: “Maka setelah bangsa Arab memeluk agama Tauhid, agama Hanif, yang dikenali sebagai Islam, yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail, diadakan empat bulan yang dihormati. Dihormati itu kerana pada keempat-empat bulan itu tidak boleh berperang dan tidak boleh balas dendam. Empat bulan itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. tiga berturut-turut, dan yang satu lagi ialah bulan Rejab (bulan ketujuh).

 Keistimewaan bulan Rejab sama saja dengan tiga bulan yang lain iaitu Zulkaedah iaitu bulan untuk mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan haji dan pada bulan seterusnya iaitu Zulhijjah. Kemudian, bermulalah bulan Muharam sebagai pembuka tahun baru dalam kalendar Islam yang sinonim dengan peristiwa Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata:

 “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani)

 Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.


Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Syarawi dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa sunat menyenaraikan lapan jenis puasa yang beliau sifat sebagai ‘puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah’ iaitu:

  • Pertama, puasa hari Arafah (9 Zulhijjah khusus bagi mereka yang tidak menunaikan Haji). 
  • Kedua, puasa hari Asyura (10 Muharam).
  • Ketiga, puasa enam hari di dalam bulan Syawal.
  • Keempat, puasa hari-hari Putih di dalam bulan-bulan Islam iaitu pada hari ke-13,14 dan 15.
  • Kelima, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
  • Keenam, berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 
  • Ketujuh, berpuasa sembilan hari daripada bulan Zulhijjah (dari 1 hingga 9 Zulhijjah). 
  • Kelapan, banyakkan berpuasa di dalam Syaaban.

Dapat saya simpulkan bahawa Rejab adalah bulan yang mulia sebagaimana bulan-bulan haram yang lain. Dalam bulan Rejab ini sama-samalah kita meninggalkan perbuatan yang dilarang dan diharamkan seperti menzalimi diri sendiri, serta memperbanyak ketaatan kepada Allah SWT dan memperbanyakkan membuat amal kebaikan. Marilah kita mempersiapkan diri untuk memasuki bulan Ramadan yang bakal menjelma dua bulan daripada sekarang agar termasuk sebagai Islam yang berjaya di bulan tersebut dan memperoleh Lailatul Qadar. Pada bulan ini jugalah berlakunya peristiwa besar seperti peristiwa Israk dan Mikraj pada tanggal 27 Rejab di mana yang memaktubkan solat fardu sebagai ibadat wajib yang perlu dilaksanakan umat Islam. Berpuasalah dalam bulan ini sekadar yang mampu tetapi janganlah sehingga melampaui batas.

Wednesday 16 May 2012

untuk sahabat-sahabat ku...

Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
 
 
 
> to geng2 tutop cafe...siyesly ak rindu korang...bile la leh nk lepak lg ngan korang...huhu...miss u all...muahaha...

> thank a lot sebab sudi jd kawan ak..

*sentap la ak klu terkenang kenangan 3 tahun blaja kt UMS..

^_^
 
 

Tuesday 15 May 2012

pasrah segalanya...



Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci